Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul , kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut . Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup , yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita .
Jangan harapkan cinta sebagai balasan . Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak , pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda . Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang , satu jam untuk menyukai seseorang , satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang . Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu .
No comments:
Post a Comment